Purpose of our Life..
Apakah tujuan kita hidup di dunia ini?Adakah kerana untuk ke syurga Allah.Adakah amalan2 soleh yang diperbuat adalah 'ticket' untuk kita ke sana?Hiduplah di dunia ini dengan tujuan untuk mendapat keberkatan,keredhaan, dan rahmat daripadaNya Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Bukanlah kuantiti dan kualiti amalan yang menjamin inidividu tersebut ke syurga Allah,tetapi RAHMATNYA..~
Friday, 22 April 2011
Sunday, 27 February 2011
Adakah sama Revolusi dan Jihad?
Forum malam tadi yang disampaikan oleh panel-panel di atas kecuali Dr.Azhar digantikan dengan Us.Idris(Pensyarah FTI).Tajuk forumnya ialah Forum Revolusi Ummah. Sebelum forum ditamatkan revolusi didefinisikan sebagai jihad.Revolusi ummah,jihad masyarakat,mengubah persepsi,anjakan paradigma. akan tetapi maksud sebenarnya adalah berlainan.
Revolusi adalah penentangan,pemberontakan,kemarahan,reaksi sehingga sanggup mengorbankn nyawa dan harta..berbeza dgn jihad. Jihad adalah menggunakan seluruh potensi diri utk Allah..untuk membawa hidayah Allah dan tamadun.kita bukan satu revolusi tapi jihad.Islam bangun dan terbina diatas jihad[atiqah_mickey@yahoo.
Kesimpulan daripada forum tersebut menjelaskan bahawa perkataan revolusi tidak sesuai digunakan untuk umat Islam dan perlu digantikan dengan perkataan JIHAD. That's my opinion.
Sunday, 28 November 2010
Pahala,Sunat,dan Sedekah.
Pahala
Anak bertanya kepada ibunya,"Mak,pahala tu apa?"
Ibunya menjawab,"Pahala tu macam hadiah,kalau kita buat baik kita akan dapat hadiah dari Allah".
Sunat
Kanak-kanak tersebut sedang menonton televisyen bersama dengan abang dan sepupunya yang masih bersekolah rendah. Sepupunya bertanya kepada abangnya,"Aiman,awak dah sunat belum?Kalau awak tak sunat,awak tak boleh kawin,saya dah sunat"
Abangnya tak tahu nak jawab apa.
Lantas kanak-kanak tersebut terus ke dapur dan bertanya kepada ibunya.
"Mak,sunat tu apa?
Ibunya senyum sebelum menjawab "Sunat tu macam ni,kalau kita tak sunat kita tak boleh kawin"
Anaknya menjawab,"Jadi kita kena sunatlah?"
"Ya",jawab ibunya.
Ibunya berkata,kalau dulu-dulu mana ada kanak-kanak bertanya soalan macam ni,nanti tak pasal-pasal kena marah ataupun soalan itu dibiarkan sahaja tanpa berjawab. Akan tetapi kanak-kanak sekarang lain. Kita kena juga jawab walaupun jawapannya tak semestinya tepat.Kanak-kanak zaman sekarang cerdik.
Memang sunat tu namanya sunat,akan tetapi bagi orang Islam ia bukan sunat dilakukan,tetapi wajib.Ini kerana air tidak dapat mengalir denga rata pada kemaluan yang tidak disunatkan ketika mandi wajib.Maka mandi wajib tidak sah. Apabila tidak sah,maka sembahyang kita pun tidak sah.Jika sembahyang tidak sah maka sia-sialah amalan kita semua.
Sedekah
Pada suatu hari si ibu mengajak kanak-kanak tersebut menziarahi rumah baru saudaranya di Jerteh bersama kakaknya.Semasa perjalanan balik dari rumah saudaranya ibunya berhenti solat Asar di salah sebuah masjid. Selesai ibunya sembahyang, si anak bertanya lagi,
"Mak kenapa banyak sangat bekas dan tabung ni. ada orang menabung ke kat masjid ni?Nak masuk masjid kene bayar ke?
Si ibu menjawab,"Bekas dan tabung ini untuk orang bersedekah. Sedekah kepada masjid untuk bayar bil elektrik,jamuan dan membaiki masjid. Sedekah dapat pahala.Masuk masjid pula tak kena bayar"
Si kakak pula menyampuk,"Kalaulah masuk masjid kena bayar memang kosonglah masijid ini.Tak akan ada orang punya yang akan masuk masjid".Ibunya hanya tersenyum sambil meminta si anak kecil tadi memasukkan not biru ke dalam tabung masjid.
Moral
Jika anak-anak kecil bertanya kepada ibu bapa atau kakak atau abangnya,maka kita hendaklah menjawabnya sejujur dan dengan bahasa yang mudah.Terutama jika berkaitan soal Aqidah dan benda-benda ghaib. Berkaitan dengan soalan-soalan yang mungkin anda rasakan susah untuk menjawabnya,anda boleh dapatkan buku Bila Anak anak bertanya tentang Allah dan Alam ghaib,oleh Muhammad Muhyiddin dengan harga RM16.00
Sunday, 10 October 2010
Friday, 1 October 2010
3.10.2010 [ SEMUA DIJEMPUT DATANG]-Jamuan Raya PMIUTM
Tuesday, 21 September 2010
PUASA DAN RAYA
Puasa dengan Raya. Dua perkataan yang kebiasaannya tidak boleh dipisahkan oleh mana-mana individu. Berakhir puasa Ramadhan maka berayalah orang tersebut. Sampai je penghujung puasa bunyi-bunyian bunga api dan mercun tidak henti-henti,masuk je berbuka hari terakhir puasa hinggalah hari raya yang entah ke berapa hari. Kata ayah, seseorang sanggup berhabis hingga ratusan ringgit semata-mata kerana mercun dan bunga api. Sampaikan meninggalkan solat.Kalaulah duit tu dibagi pada anak-anak orang susah atau untuk orang belajar dan menunaikan haji,alangkah banyaknya pahala yang diperolehi. Tetapi mereka tidak memikirkan semua itu. Sanggup bersaudara dengan syaitan semata-mata untuk kepuasan diri. . Yang menjadi masalahnya orang dewasa yang pasang bunga api dan mercun,yang dah cukup umur. Bukannya kanak-kanak atau budak-budak.
Baju raya dah ditempah 2-3 bulan sebelum puasa,bukan sebelum raya.Berpasang-pasang sampaikan si tukang jahit tak sempat nak siapkan. Terlalu memikirkan raya sampaikan tak perasan diri sedang dan akan berpuasa. Bulan puasa bulan untuk tarbiyah dan memuhasabahkan diri,tetapi tercapaikah semua itu?Mungkin semasa puasa boleh dan mampu untuk melatih diri untuk menambah amal ibadat,tetapi apabila dah masuk bulan syawal,mampukah lagi untuk terus istiqamah?
Semasa puasa semua benda nak dijaga,antara contoh yang paling popular selalu membaca alQuran,puasa-puasa tak boleh cakap bohong,bulan puasa mana boleh keluar dating kat Mall,dan berbagai budaya lain yang dianggap oleh orang kebanyakan bahawa benda tersebut tidak boleh dilakukan. Jadinya di sini dah menjadi adat,bukan larangan Allah. Bulan puasa je benda-benda tersebut dilarang,bulan puasa je nak baca Quran. Jadinya habis je puasa benda-benda tu semua menjadi halal,begitu?Kebiasaanya di awal- awal bulan puasa begitu ramai orang bertarawih sama ada di masjid, surau, atau di rumah sendiri. Masuk je ke pertengahan dan penghujung semuanya berkurangan. Kata pepatah hangat-hangat tahi ayam. Semuanya sibuk membuat persiapan raya ataupun dah hilang semangat untuk menambah amal ibadat.
Semasa raya habis semua rumah nak diziarahi. Pakaian semua cantik-cantik belaka. Sampaikan tak menutup aurat,bagi perempuan kain nipis,ketat dan terlalu berlebih-lebih. Pergaulan agak tidak terjaga antara lelaki dan perempuan. Lelaki perempuan bersalaman walaupun bukan muhrim. Katanya nak mengeratkan silaturrahim. Berbagai jenis juadah berbuka puasa. Makan tanpa had sehingga melewat-lewatkan waktu solat. Sehinggakan ada yang tidak membayar zakat fitrah kerana terlalu sibuk nak raya. Alasan yang berlaku setiap kali raya. Sedangkan zakat itu wajib. Persiapan hari raya tidak perlu berlebih-lebih. Hanya yang termampu dan menunjukkan kita menyambut hari raya tersebut. Sedangkan bagi orang yang beriman, bulan Ramadhan perlu ditangisi,bukan diraikan bersungguh-sungguh kerana terlalu gembira untuk beraya.
Sekadar muhasabah diri....
Akhir sekali,walaupun dah agak lewat,
`Antara tanda dan bukti Allah itu Maha Pemurah adalah dikurniakan 2 hari kepada hambaNya. Iaitu Aidiladha dan Aidilfitri. Salam akhir Ramadhan dan Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin.`
Friday, 6 August 2010
Menahan Semuanya
Menahan semuanya.Ini adalah salah satu istilah bagi puasa.Semasa zaman kanak-kanak,kebanyakan daripada kita mengatakan dan memahami konsep puasa adalah dengan menahan diri daripada makan dan minum.Bagi yang lebih 'advance' mengatakan puasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya. Bagi yang telah dewasa dan bagi para mahasiswa semua,tidak perlu lagi dijelaskan secara terperinci maksud sebenar puasa.Majoritinya sudah mengetahui.Akan tetapi masih ada segelintir daripada kita tidak memahami maksud sebenar istilah puasa. Puasa dari segi bahasa adalah menahan.Dari segi istilah adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Bagaimana jika diajukan soalan yang pelik-pelik dan kadang-kadang agak kelakar.Seperti apa hukum memakai 'contact lense' ketika berpuasa?Apa hukum menggunting rambut semasa berpuasa?dan ada juga kanak-kanak bertanya boleh ke sendawa ketika berpuasa?Bagi yang mengetahuinya mungkin akan tergelak dan rasa pelik,tapi bagi yang tidak tahu mungkin akan terkebil-kebil untuk menjawabnya. Sudah semestinya jawapan bagi soalan-soalan di atas adalah tidak membatalkan puasa.
MENAHAN DIRI
Ketika berpuasa,umat Islam perlu menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Kita juga amat digalakkan melakukan amalan-amalan sunat. Seperti solat tarawih,tadarus,khatam Al-Quran,menghadiri kelas-kelas agama dan ilmiah, dan mengajak rakan-rakan untuk meninggalkan perkara yang dilarang. Semasa berpuasa juga kita perlu menahan nafsu makan yang selama ini tidak pernah putus-putus,rasa cepat untuk marah pada seseorang, dan malas untuk melakukan amalan-amalan kebajikan dan kebaikan. Menahan diri daripada semua perkara tersebut mungkin tidak sukar bagi yang mampu. Akan tetapi bagi yang baru hendak berubah dan sukar untuk berubah adalah amat sukar. Sebagai contoh,selama 11 bulan sebelum ini individu tersebut adalah seorang peminum arak tegar,mampukah dirinya untuk berubah untuk tidak minum arak di siang hari semata-mata menghormati bulan puasa?Amat sukarn baginya. Ataupun seseorang itu amat susah untuk sembahyang subuh berjemaah sebelum ini, sudah tentu perkara ini menjadi masalah besar dalam hidupnya apabila perlu berjemaah di bulan puasa.
MAKSIAT DAN PERKARA-PERKARA YANG DILARANG
Kenapa ketika bulan puasa masih ada lagi yang berbuat maksiat dan perkara-perkara yang dilarang?sedangkan syaitan dan iblis sudah dibelenggu oleh Allah. Menurut Ust.Zahazan(salah seorang penulis majalah 'Solusi') dalam slot ceramah malam di radio IKIM ketika bulan Ramadhan tahun 2009 mengatakan, menurut salah satu kitab tafsir yang dipelajarinya menyatakan semasa bulan Ramadhan hanya iblis dan syaitan yang 'hard core; dibelenggu oleh Allah.Masih ada lagi syaitan dan iblis yang 'cikai-cikai' berada di dunia ini.Ditegaskan sekali lagi, hanya iblis dan syaitan yang 'cikai-cikai' inilah yang menggoda anak Adam. Akan tetapi kita sebagai manusia masih tidak dapat menagatasi godaan syaitan dan iblis yang 'cikai-cikai' ini. Maka terjadilah maksiat dan berlakunya perbuatan yang dilarang oleh Allah. Akan tetapi, faktor perdana bagi permasalahan ini adalah diri anak Adam itu sendiri.Iman di dalam diri yang lemah,terlalu mengikut nafsu, dan tiada usaha untuk melawannya. Ini adalah masalah utamanya.
INSAFI DIRI SELAMI HATI
Salah satu cara untuk 'menahan semuanya' adalah berusaha untuk insafi diri,selami hati. Cuba kita lihat keadaan manusia atau individu lain yang lebih bernasib malang dab dhaif jika hendak dibandingkan dengan diri kita yang hidup di rumah yang ditanggung oleh ibu bapa,universiti yang pelbagai kemudahan, sekolah yang bersih dan aman dan rakan-rakan sekerja yang baik-baik. Cuba kita selami nasib rakyat Palestin yang dihujani bom dan peluru,hidup dipenjara di bumi sendiri, kematian di mana-mana,tiada tempat bergantung, dan hidup menanti mati. Jangan sesekali kita melihat diri kita yang dikatakan malang hanya kerana salah satu daripada usaha kita tak tercapai,tetapi lihatlah kepada individu yang selama ini berusaha tetapi masih lagi dirundung malang. Bukan Allah tidak sayang,tetapi itu adalah ujian,dugaan dan cubaan untuk kita menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang dan berusaha melakukan apa yang disuruh olehNya.
Bulan puasa,bulan untuk memperbaiki diri,meningkatkan amalan diri,dan memuhasabahkan diri...