
Apakah tujuan kita hidup di dunia ini?Adakah kerana untuk ke syurga Allah.Adakah amalan2 soleh yang diperbuat adalah 'ticket' untuk kita ke sana?Hiduplah di dunia ini dengan tujuan untuk mendapat keberkatan,keredhaan, dan rahmat daripadaNya Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Bukanlah kuantiti dan kualiti amalan yang menjamin inidividu tersebut ke syurga Allah,tetapi RAHMATNYA..~
Sunday, 10 October 2010

Friday, 1 October 2010
3.10.2010 [ SEMUA DIJEMPUT DATANG]-Jamuan Raya PMIUTM
Tuesday, 21 September 2010
PUASA DAN RAYA

Puasa dengan Raya. Dua perkataan yang kebiasaannya tidak boleh dipisahkan oleh mana-mana individu. Berakhir puasa Ramadhan maka berayalah orang tersebut. Sampai je penghujung puasa bunyi-bunyian bunga api dan mercun tidak henti-henti,masuk je berbuka hari terakhir puasa hinggalah hari raya yang entah ke berapa hari. Kata ayah, seseorang sanggup berhabis hingga ratusan ringgit semata-mata kerana mercun dan bunga api. Sampaikan meninggalkan solat.Kalaulah duit tu dibagi pada anak-anak orang susah atau untuk orang belajar dan menunaikan haji,alangkah banyaknya pahala yang diperolehi. Tetapi mereka tidak memikirkan semua itu. Sanggup bersaudara dengan syaitan semata-mata untuk kepuasan diri. . Yang menjadi masalahnya orang dewasa yang pasang bunga api dan mercun,yang dah cukup umur. Bukannya kanak-kanak atau budak-budak.
Baju raya dah ditempah 2-3 bulan sebelum puasa,bukan sebelum raya.Berpasang-pasang sampaikan si tukang jahit tak sempat nak siapkan. Terlalu memikirkan raya sampaikan tak perasan diri sedang dan akan berpuasa. Bulan puasa bulan untuk tarbiyah dan memuhasabahkan diri,tetapi tercapaikah semua itu?Mungkin semasa puasa boleh dan mampu untuk melatih diri untuk menambah amal ibadat,tetapi apabila dah masuk bulan syawal,mampukah lagi untuk terus istiqamah?
Semasa puasa semua benda nak dijaga,antara contoh yang paling popular selalu membaca alQuran,puasa-puasa tak boleh cakap bohong,bulan puasa mana boleh keluar dating kat Mall,dan berbagai budaya lain yang dianggap oleh orang kebanyakan bahawa benda tersebut tidak boleh dilakukan. Jadinya di sini dah menjadi adat,bukan larangan Allah. Bulan puasa je benda-benda tersebut dilarang,bulan puasa je nak baca Quran. Jadinya habis je puasa benda-benda tu semua menjadi halal,begitu?Kebiasaanya di awal- awal bulan puasa begitu ramai orang bertarawih sama ada di masjid, surau, atau di rumah sendiri. Masuk je ke pertengahan dan penghujung semuanya berkurangan. Kata pepatah hangat-hangat tahi ayam. Semuanya sibuk membuat persiapan raya ataupun dah hilang semangat untuk menambah amal ibadat.
Semasa raya habis semua rumah nak diziarahi. Pakaian semua cantik-cantik belaka. Sampaikan tak menutup aurat,bagi perempuan kain nipis,ketat dan terlalu berlebih-lebih. Pergaulan agak tidak terjaga antara lelaki dan perempuan. Lelaki perempuan bersalaman walaupun bukan muhrim. Katanya nak mengeratkan silaturrahim. Berbagai jenis juadah berbuka puasa. Makan tanpa had sehingga melewat-lewatkan waktu solat. Sehinggakan ada yang tidak membayar zakat fitrah kerana terlalu sibuk nak raya. Alasan yang berlaku setiap kali raya. Sedangkan zakat itu wajib. Persiapan hari raya tidak perlu berlebih-lebih. Hanya yang termampu dan menunjukkan kita menyambut hari raya tersebut. Sedangkan bagi orang yang beriman, bulan Ramadhan perlu ditangisi,bukan diraikan bersungguh-sungguh kerana terlalu gembira untuk beraya.
Sekadar muhasabah diri....
Akhir sekali,walaupun dah agak lewat,
`Antara tanda dan bukti Allah itu Maha Pemurah adalah dikurniakan 2 hari kepada hambaNya. Iaitu Aidiladha dan Aidilfitri. Salam akhir Ramadhan dan Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin.`
Friday, 6 August 2010
Menahan Semuanya
Menahan semuanya.Ini adalah salah satu istilah bagi puasa.Semasa zaman kanak-kanak,kebanyakan daripada kita mengatakan dan memahami konsep puasa adalah dengan menahan diri daripada makan dan minum.Bagi yang lebih 'advance' mengatakan puasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya. Bagi yang telah dewasa dan bagi para mahasiswa semua,tidak perlu lagi dijelaskan secara terperinci maksud sebenar puasa.Majoritinya sudah mengetahui.Akan tetapi masih ada segelintir daripada kita tidak memahami maksud sebenar istilah puasa. Puasa dari segi bahasa adalah menahan.Dari segi istilah adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Bagaimana jika diajukan soalan yang pelik-pelik dan kadang-kadang agak kelakar.Seperti apa hukum memakai 'contact lense' ketika berpuasa?Apa hukum menggunting rambut semasa berpuasa?dan ada juga kanak-kanak bertanya boleh ke sendawa ketika berpuasa?Bagi yang mengetahuinya mungkin akan tergelak dan rasa pelik,tapi bagi yang tidak tahu mungkin akan terkebil-kebil untuk menjawabnya. Sudah semestinya jawapan bagi soalan-soalan di atas adalah tidak membatalkan puasa.
MENAHAN DIRI
Ketika berpuasa,umat Islam perlu menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Kita juga amat digalakkan melakukan amalan-amalan sunat. Seperti solat tarawih,tadarus,khatam Al-Quran,menghadiri kelas-kelas agama dan ilmiah, dan mengajak rakan-rakan untuk meninggalkan perkara yang dilarang. Semasa berpuasa juga kita perlu menahan nafsu makan yang selama ini tidak pernah putus-putus,rasa cepat untuk marah pada seseorang, dan malas untuk melakukan amalan-amalan kebajikan dan kebaikan. Menahan diri daripada semua perkara tersebut mungkin tidak sukar bagi yang mampu. Akan tetapi bagi yang baru hendak berubah dan sukar untuk berubah adalah amat sukar. Sebagai contoh,selama 11 bulan sebelum ini individu tersebut adalah seorang peminum arak tegar,mampukah dirinya untuk berubah untuk tidak minum arak di siang hari semata-mata menghormati bulan puasa?Amat sukarn baginya. Ataupun seseorang itu amat susah untuk sembahyang subuh berjemaah sebelum ini, sudah tentu perkara ini menjadi masalah besar dalam hidupnya apabila perlu berjemaah di bulan puasa.
MAKSIAT DAN PERKARA-PERKARA YANG DILARANG
Kenapa ketika bulan puasa masih ada lagi yang berbuat maksiat dan perkara-perkara yang dilarang?sedangkan syaitan dan iblis sudah dibelenggu oleh Allah. Menurut Ust.Zahazan(salah seorang penulis majalah 'Solusi') dalam slot ceramah malam di radio IKIM ketika bulan Ramadhan tahun 2009 mengatakan, menurut salah satu kitab tafsir yang dipelajarinya menyatakan semasa bulan Ramadhan hanya iblis dan syaitan yang 'hard core; dibelenggu oleh Allah.Masih ada lagi syaitan dan iblis yang 'cikai-cikai' berada di dunia ini.Ditegaskan sekali lagi, hanya iblis dan syaitan yang 'cikai-cikai' inilah yang menggoda anak Adam. Akan tetapi kita sebagai manusia masih tidak dapat menagatasi godaan syaitan dan iblis yang 'cikai-cikai' ini. Maka terjadilah maksiat dan berlakunya perbuatan yang dilarang oleh Allah. Akan tetapi, faktor perdana bagi permasalahan ini adalah diri anak Adam itu sendiri.Iman di dalam diri yang lemah,terlalu mengikut nafsu, dan tiada usaha untuk melawannya. Ini adalah masalah utamanya.
INSAFI DIRI SELAMI HATI
Salah satu cara untuk 'menahan semuanya' adalah berusaha untuk insafi diri,selami hati. Cuba kita lihat keadaan manusia atau individu lain yang lebih bernasib malang dab dhaif jika hendak dibandingkan dengan diri kita yang hidup di rumah yang ditanggung oleh ibu bapa,universiti yang pelbagai kemudahan, sekolah yang bersih dan aman dan rakan-rakan sekerja yang baik-baik. Cuba kita selami nasib rakyat Palestin yang dihujani bom dan peluru,hidup dipenjara di bumi sendiri, kematian di mana-mana,tiada tempat bergantung, dan hidup menanti mati. Jangan sesekali kita melihat diri kita yang dikatakan malang hanya kerana salah satu daripada usaha kita tak tercapai,tetapi lihatlah kepada individu yang selama ini berusaha tetapi masih lagi dirundung malang. Bukan Allah tidak sayang,tetapi itu adalah ujian,dugaan dan cubaan untuk kita menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang dan berusaha melakukan apa yang disuruh olehNya.
Bulan puasa,bulan untuk memperbaiki diri,meningkatkan amalan diri,dan memuhasabahkan diri...
Monday, 28 June 2010
5 Fakta Untuk Anda Percaya Atau Tidak

(Satu)Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
(Dua)Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
(Tiga)Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.
(Empat)Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari system badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.
(Lima)Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.
#Kalau tak percaya! boleh hubungi utk pengesahan kepada Penama ni..
Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar
Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Jabatan Pendaftar,
Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Tel: 04-6532694
+Sumber: http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=135&thread_id=24657
Wednesday, 12 May 2010
Bagaimana Nak Berubah?

Tajuk entry di atas boleh dikatakan sudah lapuk. Sejak dari dulu sehinggalah sekarang. Sama ada yang tua, muda, kaya, miskin, pelajar atau masyarakat biasa. Semua orang mahu berubah. Berubah menjadi lebih baik. Dari segi apa? Daripada semua segi dan aspek. Pelajaran, kerja, kelakuan dan tingkahlaku, perhubungan sesama ibu bapa, kawan-kawan, dan masyarakat sekeliling, dan yang terutama sekali hablumminAllah(hubungan dengan Allah).
Adakah perubahan itu sesuatu perkara yang senang dan mudah?as easy as ABC? atau dalam bahasa arabnya sahlun? Bagi pendapat saya sendiri perubahan adalah sesuatu yang amat sukar dalam kehidupan seseorang(apa yang saya maksudkan adalah berubah menjadi LEBIH BAIK,bukan LEBIH BURUK).
CONTOH 1
Saya bawa satu contoh permasalahan rumah tangga, jika seseorang ayah itu seorang yang panas baran. Kebiasaannya jika si isteri atau anak-anak membuat salah akan dimarahi atau tidak mustahil akan dipukul.Ini kerana si suami atau ayah sudah terbiasa dengan sikap pemarahnya sejak dari dulu lagi. Seperti yang saya pelajari dalam Pendidikan Psikologi,sikap panas baran ini dinamakan sikap daripada baka atau keturunan.Ini kerana jika ayah(datuk kepada anaknya) kepada si suami tadi bersikap sebegitu, ia akan turun kepada anaknya. Maka sikap seperti ini amat susah untuk dihilangkan. Sebab apa? sebab ia bukan disebabkan faktor kawan atau persekitaran, tetapi keturunan. Maka kepada bakal-bakal bapa dan ibu kenalah mengubah kelakuan dan sikap negatif yang ada dalam diri supaya tidak menular kepada anak-anak yang bakal dilahirkan nanti. Ibu bapa tidak boleh menyalahkan anaknya jika anaknya berkelakuan buruk. Ibu bapalah yang menjadikan anka itu sama ada majusi, nasrani, kristian ataupun ISLAM.
CONTOH 2
Contoh kedua berkaitan pencapaian individu dalam pelajaran. Jika sebelum ini, seseorang itu amat lemah dalam pelajaran. Keputusan peperiksaannya juga amat teruk. Akan tetapi perkara ini terjadi kerana individu tersebut agak malas dan kurang berusaha. Kenapa seseorang itu malas? Mungkin sahaja dia belum mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kepentingan ilmu dan pelajaran dalam hidup atau mungkin faktor kawan-kawan dan faktor-faktor sampingan yang lain. Jika dirinya berusaha bersungguh-sungguh dan berterusan, adakah pencapaiannya akan meningkat? Majoriti orang akan mengatakan YA. Kenapa? Ini kerana Allah akan memberi sebanyak mana usaha yang kita lakukan. Jika sedikit usaha yang dilakukan, maka sedikitlah hasilnya, dan jika banyak usahanya maka banyaklah hasilnya. Buktinya saya telah lihat sendiri kawan- kawan saya yang berusaha bersungguh-sungguh sehingga tidak tidur malam semata-mata untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaanya. Akhir sekali mereka mendapat apa yang diimpikan walaupun mereka pada mulanya bukanlah daripada golongan genius dan bijak pandai.
Kita berbalik kepada tajuk di atas. Bagaimana nak berubah? Di sini saya ingin memetik kata-kata daripada senior saya yang dikodkan oleh seorang bijak pandai yang berbunyi " PERUBAHAN ADALAH PERKARA YANG TIDAK AKAN BERUBAH". Pada mulanya saya tidak mengerti, tetapi bila difikir-fikirkan balik, ada maksud tersirat di dalam ayat tersebut. So, apa maknanya?? Fikir-fikirkan..

Bagaimana nak berubah?
Bagaimana nak berubah? Pada pendapat saya perubahan itu memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang bagaimana? Pengorbanan daripada segala aspek. Umur dan masa, tenaga,harta(wang ringgit), dan masa lapang. Berubah juga perlu datang dari dalam diri orang tersebut.Sebagai contoh, jika seseorang itu ingin menjadi golongan yang berintelektual dan berpengaruh, maka dirinya perlu korbankan umur dan masa mudanya dengan menuntut pelbagai ilmu. Sama ada ilmu fardhu 'ain dan fardhu kifayah. Kedua individu tersebut mestilah menggunakan tenaganya untuk mencari ilmu tersebut. Ilmu perlu dituntut dan dicari, ia tidak akan datang dengan sendiri dan dirinya perlu berjaga malam dan menggunakan tenaga yang semaksimum mungkin untuk mencapai apa yang dihajati. Dari segi harta pula, seseorang itu perlu mengeluarkan wang ringgit untuk menuntut ilmu, dan ini bukanlah dalam jumlah yang sedikit. Last but not least pengorbanan masa lapangnya. Kebiasaanya kawan-kawannya mempunyai banyak masa lapang dan berhiburan. Tetapi jika seseorang itu nak berubah, 'every second is worth a billion euro'(pepatah rekaan sendiri (~_^))
Saya bawakan lagi satu contoh. Sekiranya seseorang itu ingin bangun qiamullail. Bolehkah hanya dengan niat sahaja perkara ini akan terjadi? Bagi saya ini sama sekali tidak. Perubahan itu akan terjadi jika dirinya sendiri yang nak berubah. Jika orang lain yang mahukan dirinya berubah, ini tidak akan terjadi.Individu tersebut perlu berusaha, seperti mengunci jam, memesan kepada kawannya untuk mengejutkannya, atau apa sahaja usaha yang dikira masuk akal. Selepas itu, adakah dirinya berjaya untuk qiam? Pada mulanya memang sangat susah. Ini keran dirinya tidak terbiasa. So, bagaimana untuk memulakannya? Jawapannya adalah PAKSA DIRI dan TIDAK BERTANGGUH. Seseorang itu perlu memaksa dirinya, jangan dilayan rasa mengantuk dan bisikan-bisikan syaitan. Pada mulanya memang sangat susah. Ini kerana seseorang itu akan tersengguk-sengguk ketika qiam dan tak dapat mengawal rasa mengantuk. Akan tetapi perkara ini perlu dipraktikkan selalu, dan kunci utamanya adalah perlu selalu MEMAKSA DIRI dan TIDAK BERTANGGUH. Apabila rasa mengantuk sudah dapat diatasi, istilah paksa diri akan hilang dengan sendiri. Seterusnya dirinya berjaya untuk qiam dengan mudah, easy, dan sahlun.
Saya akhiri entry kali ini dengan kata-kata "Every person needs to change. There is no life without change". Sama-samalah kita berubah, berubah ke arah yang lebih baik.
Thursday, 1 April 2010
FINAL
010410-MEASUREMENT-msi
050410-FIQH ISLAM II-ktdi
070410-ADVANCED ENGLISH-n24
090410-KAUNSELING-fke
150410-AQIDAH ISLAMIYAH II-c15206
-AUTHOWARE-n24dk9
160410-EKONOMI ISLAM-ktho
190410-AKHLAQ & TASAWUF-n24dk8
200410-P&P-p19dk6
semoga kejayaan milik kita semua..aamiiiin..

