Pages

Wednesday 12 May 2010

Bagaimana Nak Berubah?




Tajuk entry di atas boleh dikatakan sudah lapuk. Sejak dari dulu sehinggalah sekarang. Sama ada yang tua, muda, kaya, miskin, pelajar atau masyarakat biasa. Semua orang mahu berubah. Berubah menjadi lebih baik. Dari segi apa? Daripada semua segi dan aspek. Pelajaran, kerja, kelakuan dan tingkahlaku, perhubungan sesama ibu bapa, kawan-kawan, dan masyarakat sekeliling, dan yang terutama sekali hablumminAllah(hubungan dengan Allah).


Adakah perubahan itu sesuatu perkara yang senang dan mudah?as easy as ABC? atau dalam bahasa arabnya sahlun? Bagi pendapat saya sendiri perubahan adalah sesuatu yang amat sukar dalam kehidupan seseorang(apa yang saya maksudkan adalah berubah menjadi LEBIH BAIK,bukan LEBIH BURUK).

CONTOH 1

Saya bawa satu contoh permasalahan rumah tangga, jika seseorang ayah itu seorang yang panas baran. Kebiasaannya jika si isteri atau anak-anak membuat salah akan dimarahi atau tidak mustahil akan dipukul.Ini kerana si suami atau ayah sudah terbiasa dengan sikap pemarahnya sejak dari dulu lagi. Seperti yang saya pelajari dalam Pendidikan Psikologi,sikap panas baran ini dinamakan sikap daripada baka atau keturunan.Ini kerana jika ayah(datuk kepada anaknya) kepada si suami tadi bersikap sebegitu, ia akan turun kepada anaknya. Maka sikap seperti ini amat susah untuk dihilangkan. Sebab apa? sebab ia bukan disebabkan faktor kawan atau persekitaran, tetapi keturunan. Maka kepada bakal-bakal bapa dan ibu kenalah mengubah kelakuan dan sikap negatif yang ada dalam diri supaya tidak menular kepada anak-anak yang bakal dilahirkan nanti. Ibu bapa tidak boleh menyalahkan anaknya jika anaknya berkelakuan buruk. Ibu bapalah yang menjadikan anka itu sama ada majusi, nasrani, kristian ataupun ISLAM.

CONTOH 2

Contoh kedua berkaitan pencapaian individu dalam pelajaran. Jika sebelum ini, seseorang itu amat lemah dalam pelajaran. Keputusan peperiksaannya juga amat teruk. Akan tetapi perkara ini terjadi kerana individu tersebut agak malas dan kurang berusaha. Kenapa seseorang itu malas? Mungkin sahaja dia belum mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kepentingan ilmu dan pelajaran dalam hidup atau mungkin faktor kawan-kawan dan faktor-faktor sampingan yang lain. Jika dirinya berusaha bersungguh-sungguh dan berterusan, adakah pencapaiannya akan meningkat? Majoriti orang akan mengatakan YA. Kenapa? Ini kerana Allah akan memberi sebanyak mana usaha yang kita lakukan. Jika sedikit usaha yang dilakukan, maka sedikitlah hasilnya, dan jika banyak usahanya maka banyaklah hasilnya. Buktinya saya telah lihat sendiri kawan- kawan saya yang berusaha bersungguh-sungguh sehingga tidak tidur malam semata-mata untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaanya. Akhir sekali mereka mendapat apa yang diimpikan walaupun mereka pada mulanya bukanlah daripada golongan genius dan bijak pandai.

Kita berbalik kepada tajuk di atas. Bagaimana nak berubah? Di sini saya ingin memetik kata-kata daripada senior saya yang dikodkan oleh seorang bijak pandai yang berbunyi " PERUBAHAN ADALAH PERKARA YANG TIDAK AKAN BERUBAH". Pada mulanya saya tidak mengerti, tetapi bila difikir-fikirkan balik, ada maksud tersirat di dalam ayat tersebut. So, apa maknanya?? Fikir-fikirkan..



Bagaimana nak berubah?

Bagaimana nak berubah? Pada pendapat saya perubahan itu memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang bagaimana? Pengorbanan daripada segala aspek. Umur dan masa, tenaga,harta(wang ringgit), dan masa lapang. Berubah juga perlu datang dari dalam diri orang tersebut.Sebagai contoh, jika seseorang itu ingin menjadi golongan yang berintelektual dan berpengaruh, maka dirinya perlu korbankan umur dan masa mudanya dengan menuntut pelbagai ilmu. Sama ada ilmu fardhu 'ain dan fardhu kifayah. Kedua individu tersebut mestilah menggunakan tenaganya untuk mencari ilmu tersebut. Ilmu perlu dituntut dan dicari, ia tidak akan datang dengan sendiri dan dirinya perlu berjaga malam dan menggunakan tenaga yang semaksimum mungkin untuk mencapai apa yang dihajati. Dari segi harta pula, seseorang itu perlu mengeluarkan wang ringgit untuk menuntut ilmu, dan ini bukanlah dalam jumlah yang sedikit. Last but not least pengorbanan masa lapangnya. Kebiasaanya kawan-kawannya mempunyai banyak masa lapang dan berhiburan. Tetapi jika seseorang itu nak berubah, 'every second is worth a billion euro'(pepatah rekaan sendiri (~_^))

Saya bawakan lagi satu contoh. Sekiranya seseorang itu ingin bangun qiamullail. Bolehkah hanya dengan niat sahaja perkara ini akan terjadi? Bagi saya ini sama sekali tidak. Perubahan itu akan terjadi jika dirinya sendiri yang nak berubah. Jika orang lain yang mahukan dirinya berubah, ini tidak akan terjadi.Individu tersebut perlu berusaha, seperti mengunci jam, memesan kepada kawannya untuk mengejutkannya, atau apa sahaja usaha yang dikira masuk akal. Selepas itu, adakah dirinya berjaya untuk qiam? Pada mulanya memang sangat susah. Ini keran dirinya tidak terbiasa. So, bagaimana untuk memulakannya? Jawapannya adalah PAKSA DIRI dan TIDAK BERTANGGUH. Seseorang itu perlu memaksa dirinya, jangan dilayan rasa mengantuk dan bisikan-bisikan syaitan. Pada mulanya memang sangat susah. Ini kerana seseorang itu akan tersengguk-sengguk ketika qiam dan tak dapat mengawal rasa mengantuk. Akan tetapi perkara ini perlu dipraktikkan selalu, dan kunci utamanya adalah perlu selalu MEMAKSA DIRI dan TIDAK BERTANGGUH. Apabila rasa mengantuk sudah dapat diatasi, istilah paksa diri akan hilang dengan sendiri. Seterusnya dirinya berjaya untuk qiam dengan mudah, easy, dan sahlun.

Saya akhiri entry kali ini dengan kata-kata "Every person needs to change. There is no life without change". Sama-samalah kita berubah, berubah ke arah yang lebih baik.