Pages

Tuesday, 21 September 2010

PUASA DAN RAYA


Puasa dengan Raya. Dua perkataan yang kebiasaannya tidak boleh dipisahkan oleh mana-mana individu. Berakhir puasa Ramadhan maka berayalah orang tersebut. Sampai je penghujung puasa bunyi-bunyian bunga api dan mercun tidak henti-henti,masuk je berbuka hari terakhir puasa hinggalah hari raya yang entah ke berapa hari. Kata ayah, seseorang sanggup berhabis hingga ratusan ringgit semata-mata kerana mercun dan bunga api. Sampaikan meninggalkan solat.Kalaulah duit tu dibagi pada anak-anak orang susah atau untuk orang belajar dan menunaikan haji,alangkah banyaknya pahala yang diperolehi. Tetapi mereka tidak memikirkan semua itu. Sanggup bersaudara dengan syaitan semata-mata untuk kepuasan diri. . Yang menjadi masalahnya orang dewasa yang pasang bunga api dan mercun,yang dah cukup umur. Bukannya kanak-kanak atau budak-budak.


Baju raya dah ditempah 2-3 bulan sebelum puasa,bukan sebelum raya.Berpasang-pasang sampaikan si tukang jahit tak sempat nak siapkan. Terlalu memikirkan raya sampaikan tak perasan diri sedang dan akan berpuasa. Bulan puasa bulan untuk tarbiyah dan memuhasabahkan diri,tetapi tercapaikah semua itu?Mungkin semasa puasa boleh dan mampu untuk melatih diri untuk menambah amal ibadat,tetapi apabila dah masuk bulan syawal,mampukah lagi untuk terus istiqamah?


Semasa puasa semua benda nak dijaga,antara contoh yang paling popular selalu membaca alQuran,puasa-puasa tak boleh cakap bohong,bulan puasa mana boleh keluar dating kat Mall,dan berbagai budaya lain yang dianggap oleh orang kebanyakan bahawa benda tersebut tidak boleh dilakukan. Jadinya di sini dah menjadi adat,bukan larangan Allah. Bulan puasa je benda-benda tersebut dilarang,bulan puasa je nak baca Quran. Jadinya habis je puasa benda-benda tu semua menjadi halal,begitu?Kebiasaanya di awal- awal bulan puasa begitu ramai orang bertarawih sama ada di masjid, surau, atau di rumah sendiri. Masuk je ke pertengahan dan penghujung semuanya berkurangan. Kata pepatah hangat-hangat tahi ayam. Semuanya sibuk membuat persiapan raya ataupun dah hilang semangat untuk menambah amal ibadat.


Semasa raya habis semua rumah nak diziarahi. Pakaian semua cantik-cantik belaka. Sampaikan tak menutup aurat,bagi perempuan kain nipis,ketat dan terlalu berlebih-lebih. Pergaulan agak tidak terjaga antara lelaki dan perempuan. Lelaki perempuan bersalaman walaupun bukan muhrim. Katanya nak mengeratkan silaturrahim. Berbagai jenis juadah berbuka puasa. Makan tanpa had sehingga melewat-lewatkan waktu solat. Sehinggakan ada yang tidak membayar zakat fitrah kerana terlalu sibuk nak raya. Alasan yang berlaku setiap kali raya. Sedangkan zakat itu wajib. Persiapan hari raya tidak perlu berlebih-lebih. Hanya yang termampu dan menunjukkan kita menyambut hari raya tersebut. Sedangkan bagi orang yang beriman, bulan Ramadhan perlu ditangisi,bukan diraikan bersungguh-sungguh kerana terlalu gembira untuk beraya.

Sekadar muhasabah diri....

Akhir sekali,walaupun dah agak lewat,

`Antara tanda dan bukti Allah itu Maha Pemurah adalah dikurniakan 2 hari kepada hambaNya. Iaitu Aidiladha dan Aidilfitri. Salam akhir Ramadhan dan Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin.`