Pages

Monday, 18 January 2010

Menjadi lebih berpengaruh

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tips hari ini ingin berkonsi mengenai bagaimana sesuatu yang kecil yang dapat diaplikasikan dan seterusnya menjadi anda lebih berpengaruh.

“Explain complicated ideas simply”
Huraikan idea yang sukar dengan mudah.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, orang yang berpengaruh seperti ketua organisasi, pedebat, ahli politik dan lain-lain mempunyai kemahiran untuk menghuraikan sesuatu yang sukar kepada bentuk yang mudah. Ini seterusnya membolehkan pendengar mereka mendapat mesej yang ingin disampaikan. Hal ini kerana pusat fokus manusia hanya bertahan selama 15 saat. Jadi informasi yang ingin disampaikan perlu dipendekkan untuk difahami dan bertahan.

Jadi, apabila melakukan sesuatu, pastikan ianya terus dan kena pada isinya. Jangan terlalu berbunga. Semua orang mampu menjadikan sesuatu keadaan lebih sukar. Tetapi sesiapa yang mampu menghuraikan sesuatu yang panjang kepada ayat yang pendek mampu menambah karismanya.

Selamat berinspirasi.

No comments:

Post a Comment