Pages

Sunday, 24 January 2010

Wahai Diri...

Wahai diri...
Kau bukan orang biasa
Yang telah ALLAH pilih
Untuk berada di jalan ini
Untuk memikul amanat
Beban dakwah terletak di pundakmu

Kau bukan orang biasa
Kerana kau telah diberi ilmu pengetahuan
Siapa yang harus dipertahan
Apa yang perlu diperjuangkan
Mengapa diri dikorbankan

Wahai diri...
Berjuanglah
Dengan apa yang ada pada dirimu
Dengan kelebihan yang Tuhan kurniakan
Usah sekali merasa gentar
Kerana kau bukan seorang
Ada aku, dia dan mereka
Dan yang paling utama
Kau ada ALLAH Yang Maha Kuasa
ALLAHU AKHBAR!!!
ALLAH MAHA BESAR!!!

No comments:

Post a Comment