www.muzir.wordpress.com..Antara isi kandugan entrynya:
Sejak saya menyertai Facebook, ada beberapa gambar yang telah di’tag’ oleh rakan-rakan saya. Hasilnya, dapat saya melihat gambar-gambar lama yang tidak ada di dalam simpanan saya. Seronok juga apabila mengenangkan kisah dan memori lama bersama rakan-rakan. Bukan sahaja berpeluang melihat gambar, malah kami mula berbual hal-hal lama dan ini telah mewujudkan kemesraan di antara kami yang telah lama tidak berjumpa.
Di sebalik bagusnya fungsi Tagging ini, ada juga kelemahannya, malah boleh timbul mudharat yang besar daripadanya. Di antaranya:
- Mendedahkan aib seseorang.
- Menjatuhkan maruah.
- Dan lain-lain…
Bagaimana pula?
Tagging di Facebook; ada baik & buruknya...
Kes 1 (kisah benar):
Di dalam network Facebook saya, pernah seseorang mengupload gambar seorang muslimah. Saya kenal muslimah tersebut. Malangnya, gambar tersebut telah diupload oleh ahli keluarganya dalam keadaan beliau tidak menutup aurat. Gambar tersebut diambil di dalam rumah ketika bersama adik-beradik beliau. Dan semakin malang, apabila diupload dan ditagnya pula. Jadi, habislah tersebar gambar tersebut di kalangan network Facebook, gambar beliau dalam keadaan yang tidak menutup aurat.
Pengajaran:
- Jangan upload gambar ahli keluarga dan rakan-rakan perempuan.
- Jangan upload gambar perempuan yang tidak tutup aurat.
- Berhati-hati dan berfikir beberapa kali sebelum tag seseorang.
Kes 2 (rekaan):
Seseorang telah ditag gambarnya ketika remaja di sekolah. Kini, beliau adalah seorang yang dihormati dan berpangkat besar. Bukan sahaja gambar beliau telah ditag dalam keadaan yang memalukan, malah di bahagian komen habis dibuka rahsia dan cerita-cerita lama sehingga dibaca oleh pekerja bawahannya, rakan-rakan sekerjanya dan ahli keluarga. Dia rasa sangat malu.
Pengajaran:
- Jangan upload gambar yang mengaibkan
- Jangan tag gambar yang mengaibkan.
- Fikir banyak kali sebelum memberi komen, walau dengan niat ingin bergurau.
Justeru, saya cuma ingin berpesan pada diri saya dan orang lain agar kita berhati-hati. Facebook memang boleh memanfaatkan kita jika kita menggunakannya dengan betul. Tetapi, ia juga boleh memudharatkan diri kita sendiri dan orang lain sekiranya tidak menggunakannya dengan betul.
Ingat, setiap perlakuan kita akan dihitung oleh ALLAH. Samada kecil atau besar. Semuanya akan dipertanggungjawabkan. jadi, berhatilah!
Hal ini juga telah ditulis oleh Ust Abu Umair dengan baik dan beliau telah mengulasnya dari sudut pandangan syariah terhadap ‘tagging’ ini. Baca di sini:
http://abuumair1.wordpress.com/2010/03/04/facebook-photos-tagging-yang-mengundang-dosa/
LAYARI FACEBOOK BUANG MASA?
Macam mana pula boleh dikatakan buang masa? Di bawah ni saya masukkan faktor-faktor yang menyebabkan facebook ini akan menjadi buang masa jika...so kita kenalah..
# Elakkan memasukkan semua maklumat peribadi secara terperinci ke dalam profile anda. Ia mungkin dieksploitasi oleh pihak yang anda tidak ketahui (termasuk FB Corp.).
# Sekiranya anda tak mahu maklumat peribadi terdedah, lebih elok privasikan laman anda (jika anda bukan ikon masyarakat).
# Setiap gambar manusia yang anda post adalah hak milik orang yang ada dalam gambar tersebut. Kalau nak post, pastikan minta izin dulu. Boleh jadi orang itu tak suka gambarnya dimasukkan.
# Elakkan tag nama orang dekat gambar-gambar yang tak masuk akal atau tiada kena mengena atau dengan tujuan seronok-seronok. Ingat, sesetengah orang tak guna FB untuk seronok-seronok.
# Kalau anda kemaruk membuat maksiat, tak perlulah mempamerkan segala-galanya di laman anda. Simpanlah aib anda dalam hard disc masing-masing. Jangan sampai nanti orang boleh jadikan modal fitnah. (walaupun masa tu anda dah bertaubat nasuha.)
# Jika anda terlibat dengan aktiviti-aktiviti subversif (cth: parti pembangkang, HAMAS etc.) yang boleh jadi tidak disukai oleh mana-mana pihak dan anda tak mahu diketahui oleh pihak itu, elakkan memasukkan maklumat dan gambar-gambar berkaitan secara ekstrim. Cukuplah untuk anda simpan sendiri-sendiri. (cth: gambar tokoh-tokoh, senapang, bom etc.)
# Jangan mulakan wall post yang provokatif sampai beratus-ratus orang bergaduh kerananya.
# Jika anda berminat dengan games-games yang ada dalam FB, tak perlulah forward kepada semua kawan-kawan anda yang ada dalam senarai. Boleh jadi mereka tak mahu mencemarkan laman mereka dengan games-games tak masuk akal itu. Penat pulak mereka nak remove satu persatu.
# Jangan forward kuiz-kuiz yang mengarut. Kalau nak forward juga, pilihlah kepada siapa anda nak forward, iaitu friends yang anda rasa nak main kuiz itu juga.
# Jangan post urusan-urusan peribadi dekat wall. Cukuplah dengan personal message atau email.
# Jika anda dapat mesej berantai, pastikan mesej itu benar-benar sahih dan tepat. Jika tidak atau kurang pasti, JANGAN forward kepada semua orang walaupun dinyatakan dalam mesej tersebut. Tak perlu risau atau rasa bersalah. (juga boleh diaplikasi dalam YM)
# Elakkan accept friend request tanpa mengetahui siapa yang request. Boleh jadi orang itu adalah musuh atau pemfitnah besar.
# Jangan join group-group yang mengarut atau tiada hala tuju dan yang lebih penting, JANGAN invite orang lain untuk join group-group yang mengarut.
# Jika anda ingin meringkaskan penggunaan FB tanpa dicemari games, quiz, application yang tak diingini, gunakan FB Lite
# Elakkan membazir masa yang lama dengan FB. Hidup ni bukan hanya untuk alam virtual.
# Gunakan laras bahasa yang elok dan sopan. Jangan maki hamun orang walaupun orang itu ternyata salah.
SUMBER:
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=141&thread_id=21579&pid=378989#post_378989
No comments:
Post a Comment