KONSEP PUASA
Menahan semuanya.Ini adalah salah satu istilah bagi puasa.Semasa zaman kanak-kanak,kebanyakan daripada kita mengatakan dan memahami konsep puasa adalah dengan menahan diri daripada makan dan minum.Bagi yang lebih 'advance' mengatakan puasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya. Bagi yang telah dewasa dan bagi para mahasiswa semua,tidak perlu lagi dijelaskan secara terperinci maksud sebenar puasa.Majoritinya sudah mengetahui.Akan tetapi masih ada segelintir daripada kita tidak memahami maksud sebenar istilah puasa. Puasa dari segi bahasa adalah menahan.Dari segi istilah adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Bagaimana jika diajukan soalan yang pelik-pelik dan kadang-kadang agak kelakar.Seperti apa hukum memakai 'contact lense' ketika berpuasa?Apa hukum menggunting rambut semasa berpuasa?dan ada juga kanak-kanak bertanya boleh ke sendawa ketika berpuasa?Bagi yang mengetahuinya mungkin akan tergelak dan rasa pelik,tapi bagi yang tidak tahu mungkin akan terkebil-kebil untuk menjawabnya. Sudah semestinya jawapan bagi soalan-soalan di atas adalah tidak membatalkan puasa.
MENAHAN DIRI
Ketika berpuasa,umat Islam perlu menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Kita juga amat digalakkan melakukan amalan-amalan sunat. Seperti solat tarawih,tadarus,khatam Al-Quran,menghadiri kelas-kelas agama dan ilmiah, dan mengajak rakan-rakan untuk meninggalkan perkara yang dilarang. Semasa berpuasa juga kita perlu menahan nafsu makan yang selama ini tidak pernah putus-putus,rasa cepat untuk marah pada seseorang, dan malas untuk melakukan amalan-amalan kebajikan dan kebaikan. Menahan diri daripada semua perkara tersebut mungkin tidak sukar bagi yang mampu. Akan tetapi bagi yang baru hendak berubah dan sukar untuk berubah adalah amat sukar. Sebagai contoh,selama 11 bulan sebelum ini individu tersebut adalah seorang peminum arak tegar,mampukah dirinya untuk berubah untuk tidak minum arak di siang hari semata-mata menghormati bulan puasa?Amat sukarn baginya. Ataupun seseorang itu amat susah untuk sembahyang subuh berjemaah sebelum ini, sudah tentu perkara ini menjadi masalah besar dalam hidupnya apabila perlu berjemaah di bulan puasa.
MAKSIAT DAN PERKARA-PERKARA YANG DILARANG
Kenapa ketika bulan puasa masih ada lagi yang berbuat maksiat dan perkara-perkara yang dilarang?sedangkan syaitan dan iblis sudah dibelenggu oleh Allah. Menurut Ust.Zahazan(salah seorang penulis majalah 'Solusi') dalam slot ceramah malam di radio IKIM ketika bulan Ramadhan tahun 2009 mengatakan, menurut salah satu kitab tafsir yang dipelajarinya menyatakan semasa bulan Ramadhan hanya iblis dan syaitan yang 'hard core; dibelenggu oleh Allah.Masih ada lagi syaitan dan iblis yang 'cikai-cikai' berada di dunia ini.Ditegaskan sekali lagi, hanya iblis dan syaitan yang 'cikai-cikai' inilah yang menggoda anak Adam. Akan tetapi kita sebagai manusia masih tidak dapat menagatasi godaan syaitan dan iblis yang 'cikai-cikai' ini. Maka terjadilah maksiat dan berlakunya perbuatan yang dilarang oleh Allah. Akan tetapi, faktor perdana bagi permasalahan ini adalah diri anak Adam itu sendiri.Iman di dalam diri yang lemah,terlalu mengikut nafsu, dan tiada usaha untuk melawannya. Ini adalah masalah utamanya.
INSAFI DIRI SELAMI HATI
Salah satu cara untuk 'menahan semuanya' adalah berusaha untuk insafi diri,selami hati. Cuba kita lihat keadaan manusia atau individu lain yang lebih bernasib malang dab dhaif jika hendak dibandingkan dengan diri kita yang hidup di rumah yang ditanggung oleh ibu bapa,universiti yang pelbagai kemudahan, sekolah yang bersih dan aman dan rakan-rakan sekerja yang baik-baik. Cuba kita selami nasib rakyat Palestin yang dihujani bom dan peluru,hidup dipenjara di bumi sendiri, kematian di mana-mana,tiada tempat bergantung, dan hidup menanti mati. Jangan sesekali kita melihat diri kita yang dikatakan malang hanya kerana salah satu daripada usaha kita tak tercapai,tetapi lihatlah kepada individu yang selama ini berusaha tetapi masih lagi dirundung malang. Bukan Allah tidak sayang,tetapi itu adalah ujian,dugaan dan cubaan untuk kita menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang dan berusaha melakukan apa yang disuruh olehNya.
Bulan puasa,bulan untuk memperbaiki diri,meningkatkan amalan diri,dan memuhasabahkan diri...
No comments:
Post a Comment