Pages

Wednesday, 13 January 2010

Isu Kalimah Allah: Sekadar Pandangan

Assalamualaikum w.b.t dan salam perpaduan. Pada kelas Aqidah yang lepas, kami dan lecturer ada membincangkan berkaitan isu ini. So,entry kali ini yang ingin dikongsikan adalah berkaitan Isu KALIMAH ALLAH.Perbincangan 2 hala ini dimulakan dengan persoalan daripada lecturer Fakulti Tamadun Islam.



First beliau bertanya, setujukah penggunaan kalimah ini oleh pihak kristian di dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly. Saya menjawab TIDAK dan beberapa classmate yang lain pun memberi jawapan yang sama.Akan tetapi beliau bertanya kenapa ada ulama'@menteri besar(rasanya tak perlu saya perkenalkan) yang mengatakan YA? Jadi persoalan yang timbul,kenapa TIDAK dan kenapa YA? Hasil perbincangan kami adalah seperti berikut;

Saya bermula dengan jawapan YA.

Kenapa YA?

Ini kerana bagi sesetengah ulama' atau ahli agama akan mengatakan YA jika selagi mana penggunaan ini tidak merosakkan dan memfasadkan AQIDAH umat Islam. Jika perkara ini dilaksanakan di dalam sebuah negara yang semua rakyat Islamnya memahami dan menghayati ilmu agama yang cukup mendalam,maka dibenarkan dan dibolehkan. Ini kerana mereka tidak akan terpedaya dan terpesong dengan penggunaan kalimah tersebut.

Tetapi, jika sesebuah negara itu majoriti umat Islamnya lemah imannya,cetek ilmu agamanya, dan hidup seharian dipenuhi dengan belenggu dosa,keruntuhan akhlak, kes murtad dan maksiat, apakah mungkin mereka tidak terpesong? Pelaksanaan ini mestilah dibuat mengikut waqi'(realiti) semasa sesebuah masyarakat.Negara kita Malaysia, adakah mampu untuk menghadapi isu ini?

Kenapa TIDAK?
  1. Akan ada segelintar umat Islam akan bertanya, Agama Islam tuhannya Allah, agama Kristian pun Allah, so tuhan kita samalah kan?
  2. Orang kristian boleh minum arak, berzina,berjudi, so kita pun boleh jugaklah.
  3. Orang Kristian pergi gereja kebiasaannya seminggu sekali(Ahad). so kita yang Islam pun perlu pergi masjid dan sembahyang seminggu sekali je.
Ini adalah hanya sebahagian persoalan yang akan dilontarkan oleh orang Islam yang cetek Ilmu agamanya. Memang diakui sejak dulu lagi bahawa semua agama akan mengakui bahawa tuhan mereka adalah ALLAH berdasarkan dalil yang bermaksud ;

“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”

(Surah Al-Ankabut : 61).

Persoalannya kat sini adalah mengapa dan kenapa sekarang isu ini ditimbulkan. Tidak mustahil wujud sesetengah individu yang ingin merosakkan aqidah dan cuba memurtadkan umat Islam secara halus. Bak kata pepatah: Ada udang disebalik batu.

Lastly, sama-samalah kita berdiskusi secara ilmiah untuk menangani isu ini. Untuk maklumat lanjut mungkin anda semua boleh menghadiri ke:




Forum Isu Semasa
Tajuk : Kalimah Allah : Mencari Satu Kepastian
Anjuran : Pusat Islam dengan Kerjasama PMIUTM
Tarikh : 17 Januari 2010
Masa : 9 malam - 11.30 malam
Tempat : Perkarangan Tempat Solat Masjid Sultan Ismail UTM

TENTATIF PROGRAM
2100 : Ketibaan Peserta dan VIP
VIP :
1. Prof. Dato’ Dr. Zaini Bin Ujang
Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia
2. Prof. Dr. Mohd Tajuddin Bin Hj. Md Ninggal
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

21.10: Ucapan aluan pengerusi majlis
Ucapan aluan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia
Ucapan Aluan Wakil Mahasiswa : Saudara Mohd Khairul Bin Abdullah Halim (Presden PMIUTM 09/10)

2120 : Persembahan Montaj Dari Lujnah Penerangan dan Multimedia(LPM) PMIUTM

2130 : Forum Penjelasan Isu
Tajuk : “Kalimah ALLAH : Mencari Satu Kepastian”

Moderator:
1. Dr. Azhar Bin Mohamed
Pengarah Pusat Islam UTM

Ahli Panel :
1. Ustaz Azmi Syah Suratman
Penyarah Fakulti Tamadun Islam UTM
2. Tuan Hj. Kassin Tukiman
Pensyarah Fakulti Pengurusan
3. Tuan Iqbal Salam
Peguam

2330: Jamuan VIP

2345: Bersurai


SEMUA DIJEMPUT HADIR

No comments:

Post a Comment